Awang Tengah terima kunjungan delegasi Lotte Engineering

0

KUCHING: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lotte Engineering & Construction dari Seoul, Korea di Wisma Sumber Alam, di sini baru-baru ini.

Kunjungan hormat tersebut diketuai Pengarah Eksekutif Dongheon Na sempena lawatan kerja tiga hari di sini.

Pada masa sama, beliau turut mengadakan lawatan ke beberapa syarikat tempatan untuk mengeratkan hubungan dua hala serta memupuk persefahaman dan menjalin hubungan kerjasama yang erat terutama melibatkan perniagaan di stesen jana kuasa, kerja-kerja awam, seni bina dan projek-projek perumahan di negeri ini.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Datu Liaw Soon Eng dan Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Ubaidillah Abdul Latip.