Lee ungguli kategori gross golf Champion of Champion SJGFA 2014 dengan 141 mata

0

KUCHING: Lee Kah Ming menepati ramalan apabila mengungguli Kejohanan Golf Champion of Champion SJGFA 2014 selepas men­gumpul 141 mata kategori gross.

Tempat kedua diraih Sukri Murshidi yang mengumpul 151 mata, manakala Abdul Rahman Mansor ketiga den­gan 154 mata.

Abdul Rahim Majidi yang mengumpul 175 mata muncul juara kategori nett sementara Hazaman Bunggal di tempat kedua dengan 151 mata dan Hamadi Fauzi ketiga (165 mata).

Kategori harian pula dime­nangi Othman Kassan dengan 80 mata nett hari pertama dan Iskana Bujang yang memper­olehi 93 mata muncul peme­nang harian gross.

Ahmad Zain dan Sulaiman Ganti masing-masing muncul juara nett dan gross hari kedua selepas memperolehi 83 mata dan 88 mata.

Martiana Chia yang meng­gumpul 212 mata pula men­gungguli kategori junior perempuan sementara Tristan Fong yang memperolehi 215 mata muncul juara junior lelaki.

Kategori bukan ahli men­yaksikan Johari Aman meme­nangi nett 1 dengan 143 mata, manakala Waili Abang (151 mata) menjuarai nett 2.

Norazlee Idris dan Aaron Lau masing-masing meme­nangi gross 1 dan gross 2 se­lepas memperolehi 149 mata dan 153 mata.

Kategori senior pula dime­nangi Pauzi Mohammad yang memperolehi 183 mata.

Irwan Zulkarnain meme­nangi kategori jemputan dan Zekaria Hussaini kedua manakala ketiga Ismawi Mu­hammad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyampaikan hadiah ke­pada pemenang.