Jom sertai saingan sepak takraw sempena Pesta Saratok 2014

0

SARATOK: Kelab Sepak Takraw Saratok dengan kerjasama Majlis Daerah Saratok (MDS) menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Tertutup/Jemputan sempena Pesta Saratok pada 27 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015.

Pertandingan tersebut bakal menyaksikan dua venue iaitu gelanggang sepak takraw LAKIS dan gelanggang tebingan Sungai Krian sebagai medan persaingan.

Pengerusi pertandingan, Fitri Ramzee berkata objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk mempromosi sukan sepak takraw sambil mencungkil bakatbakat baharu agar dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Selain memer iahkan sambutan Pesta Saratok 2014 yang bakal diadakan dari 26 hingga 28 Disember ini diharap pertandingan itu dapat menarik semula minat orang ramai terhadap sukan sepak takraw di daerah ini.

“Kami menjemput semua pasukan sepak takraw tempatan untuk turut serta pada pertandingan ini dan bertujuan mengasah bakatbakat baharu dalam sukan sepak takraw,” katanya di sini kelmarin.

Tambahnya, juara akan membawa pulang wang tunai RM500, piala, medal manakala naib juara akan meraih RM300, piala, medal dan ketiga RM100, piala serta medal.

Yuran penyertaan ialah sebanyak RM50 dan tarikh tutup penyertaan, 26 Disember 2014 (Jumaat).

Cabutan undi diadakan pada hari yang sama di bilik mesyuarat LAKIS Saratok pada jam 2 petang.

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi beliau sendiri menerusi talian 011-29932673.