Kuching dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat

0

KUCHING: Beberapa jalan raya di sekitar bandar raya ini ditenggelami air akibat banjir semalam.

Hujan lebat diikuti guntur dan kilat sambung menyambung yang bermula jam 5 petang hanya reda sejam kemudian.

Insiden itu mengakibatkan kesesakan jalan raya lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Antara jalan terjejas adalah Jalan Kempas, Jalan Satria Jaya, Jalan Selada, Jalan Tun Jugah, Jalan Penrissen dan beberapa pusat komersil.

Bagaimanapun, tidak ada laporan banjir menjejaskan kawasan perumahan diterima setakat berita ini ditulis.