20 ahli CSROA Kapit sertai program derma darah

0

KAPIT: Seramai 20 ahli Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran (CSROA) Kapit menyertai program derma darah yang diadakan di Hospital Kapit, baru-baru ini.

Diketuai Pengerusi CSROA Kapit, Kong Chin Hwa, program bertujuan untuk menambah bekalan darah di Bank Darah Hospital Kapit sempena perayaan Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2015.

Dalam ucapan ringkasnya, Kong mengucapkan terima kasih kepada semua ahlinya kerana menyertai aktiviti menderma darah tersebut.

Katanya, aktiviti berkenaan merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) persatuan dengan matlamat untuk mendidik orang ramai tentang penting menderma darah menyelamatkan nyawa insan yang memerlukannya.

“Sebagai masyarakat  prihatin dan penyayang kita harus tampil mendermakan darah masing-masing untuk membantu mereka yang amat memerlukannya.

“Amalan menderma darah ini adalah satu amalan mulia kerana ia membantu menyelamat nyawa,” jelas Kong.