50 kanak-kanak sertai Program Jom Sunat ‘Rami-Rami’

0

Oleh Kelvin Lambai //

MANDI RAMAI-RAMAI: Simoi (dua kiri) menyembur kanak-kanak menggunakan pili bomba.

SERAMAI 50 orang kanak-kanak telah menyertai Program Jom Sunat ‘Rami-Rami’ anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Sri Aman, Jawatankuasa Pembangunan Belia Bahagian Sri Aman (JKPBSA), Jawatankuasa Masjid Bandar Sri Aman dan Hospital Sri Aman di Masjid Bandar Sri Aman, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Sri Aman yang juga Pengerusi JKPBSA Hamdan Katang berkata program yang julung kali dianjurkan bersama ini akan dijadikan sebagai acara tahunan Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Sri Aman dan JKPBSA bermula tahun ini.

Menurutnya, pada tahun ini pihak pengelola telah menyasarkan sebanyak 100 penyertaan, bagaimanapun hanya 50 orang yang menyertai program bersunat ini.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Hamdan Katang, Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Sri Aman Haliza Ali, Pegawai Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sri Aman Islahuddin Kamri, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman Alhias Muhi, Temenggung Abang Bohari Abang Zen serta Pemanca Mas Shamsiah Maslem.

MERIAH: Suasana meriah semasa Program Jom Sunat ‘Rami-Rami’ di Sri Aman, baru-baru ini.