Dapat sambutan yang menggalakkan

0

JUALAN TIKET: Hadi bersama maskot kejohanan menunjukkan tiket Kejohanan Badminton Yonex Sunrise Malaysia Masters 2015.

Peminat tempatan beri sokongan kepada SBA dalam penganjuran Yonex Sunrise Malaysia Master 2015

Oleh Mahathir Haroun //

KUCHING: Kejohanan Badminton Yonex Sunrise Malaysia Masters 2015 yang berlangsung dari 13 hingga 18 Januari ini di Sta­dium Perpaduan mendapat sambutan dan sokongan menggalakkan.

Setiausaha Kehormat Per­satuan Badminton Sarawak (SBA) Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir berkata, ramai peminat tempatan memberi sokongan kepada SBA dalam penganjuran kejohanan itu.

“Syukur alhamdulillah, setakat ini kita meraih sokon­gan moral daripada banyak pihak termasuk individu dan organisasi.

“Kita berharap dengan sokongan ini, penganjuran kejohanan kelas dunia ini berjalan lancar,” katanya pada sidang media sempena pelancaran jualan tiket kejo­hanan semalam.

Hadi yang mewakili Presi­den SBA Tan Sri Datuk Amar Aziz Hussain turut mem­perkenalkan maskot rasmi kejohanan berupa burung kenyalang dikenali ‘Harry’.

Baru-baru ini, SBA meneri­ma penajaan tiket untuk kanak-kanak kurang bernasib baik daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menerusi Presi­dennya Datin Patinggi Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Menurut Hadi lagi, SBA amat bersyukur kerana SABATI bersetuju menghu­lurkan bantuan dan memberi peluang kepada kanak-kanak kurang berkemampuan men­yaksikan perlawanan.

Selain itu katanya, Biro Konvensyen Sarawak (SCB) juga bersetuju meminjamkan baju maskot burung kenya­lang untuk digunakan sepa­njang kejohanan.

“Secara tidak langsung ia akan mempromosi Sarawak sebagai destinasi pelancongan menarik,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemain kebang­saan yang diketuai jurulatih Rashid Sidek selamat tiba di bandar raya ini dan akan berlatih di beberapa gelang­gang seperti Dewan SBA Jalan Lapangan Terbang dan Dewan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS) Jalan Semariang.

Pihak yang berminat men­dapatkan tiket perlawanan boleh menghubungi semua cawangan LEA Sports Centre di talian 082-423459 atau 016-8867955 dan layari laman web sba.tiketpanas.com.my.