Lima wakil kita kecundang

0

Oleh Mahathir Haroun dan Bryan Bell//

HAMPA: Liew ketika menentang Jayaram Ajay dari India pada suku akhir Kejohanan Badminton Yonex Sunrise Malaysian Masters 2015 di Kuching semalam. — Gambar Bernama

Chan Peng, Lai Pei beri kegembiraan kepada skuad badminton negara

KUCHING: Pasangan Chan Peng Soon dan Lai Pei Jing memberikan kegembiraan kepada kem badminton nega­ra selepas menjadi wakil per­tama negara layak ke separuh akhir beregu campuran Ke­johanan Badminton Yonex-Sunrise Malaysia Masters 2015 di Stadium Perpaduan, di sini semalam.

Menentang pilihan kelapan kejohanan dari Hong Kong, Chan Alan Yun Lung dan Tse Ying Suet, pasangan negara itu menang mudah dengan 21-10, 21-17.

Ia diikuti beregu sensasi negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menang ke atas rakan sepasukan, Lim Khim Wah dan Ow Han Yao dengan 21-18, 21-13.

Ditemui selepas perlawanan, Chan berkata kemenangan itu memang tidak dijangka kerana menentang lawan yang merupakan antara pilihan pada kejohanan tersebut.

“Kami bermain agak baik hari ini. Saya berharap mo­mentum seperti ini berterusan pada perlawanan separuh akhir untuk melayakkan diri ke pu­singan akhir” katanya ditemui di sini semalam.

Sementara itu, lima wakil negara yang lain kecundang kepada lawan masing-mas­ing.

Antara yang kecundang termasuk Liew Daren tewas kepada Jayaram Ajay dari India dengan 16-21, 23-21, 21-8.

Mohamad Arif Abdul Latif turut kecundang di tangan pe­main berpengalaman dari Ko­rea Selatan Lee Hyun Il dengan 21-16, 20-22, 21,11.

Seorang lagi pemain per­seorangan negara, Soo Teck Zhi turut menerima nasib sama apabila dikecewakan pemain dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin dengan 21-16, 14-21, 10-21.

Keputusan lain menyak­sikan beregu Chooi Kah Ming dan Teo Kok Siang dikalahkan oleh Chen Hung Ling dan Wang Chi-Lin dari Chinese Taipei dengan 21-19, 11-21, 23-25.

Beregu wanita negara, Ans­celly Amelia Alicia dan Soong Fie Choo turut hampa selepas tewas kepada pilihan pertama kejohanan Christinna Peder­sen dan Kamillia Rytter Juhl dari Denmark dengan 14-21, 4-21.

Perlawanan peringkat sepa­ruh akhir bermula jam 2 petang hari ini.

Datuk Lee Chong Wei turut meluangkan masa menyak­sikan perlawanan semalam.