Tiga atlet Sarawak pamer aksi memukau

0

KUCHING: Tiga atlet Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS) iaitu Audrey Nu, Ahmady Radi dan Nur Ifa Husna menunjukkan persembahan membanggakan pada sesi pemilihan peringkat kebangsaan Taekwondo Malaysia (WTF) di Kuala Lumpur.

Pemilihan itu adalah untuk kontinjen Malaysia ke kejohanan Sukan SEA di Singapura pada Jun nanti.

Audrey memenangi pingat emas bagi pasukan Sarawak di pelbagai kejohanan Taekwondo (WTF) peringkat kebangsaan pada 2013 dan 2014.

Manakala Ahmady dan Nur Ifa masing-masing meriah pingat pada kejohanan-kejohanan poomsae peringkat kebangasaan dan antarabangsa tahun lalu.

Presiden WTF PTNS, Mohd Salleh Sani berkata beliau gembira dengan prestasi keseluruhan atlet muda setelah menunjukkan semangat perjuangan tinggi.

“Ini membuktikan bahawa kerja keras mereka dalam latihan dan usaha jurulatih kita nampak berbaloi.

Saya harap kejayaan itu merangsang para atlet junior untuk berlatih lebih kuat dan layak mewakili negeri dan negara,” katanya di sini semalam.

Mohd Salleh juga yakin kedua-dua pasukan lelaki dan wanita baik dalam kategori ‘sparring’ atau poomsae menunjukkan persembahan terbaik pada Sukan Malaydsia (SUKMA) 2016 di Sarawak nanti.