Mayat pekerja terjatuh dari kapal tongkang ditemui

0

DITEMUI: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat mangsa di Tanjung Opar, Baram jam 10.20 pagi semalam.

MIRI: Mayat mangsa lemas dipercayai terjatuh dari kapal tongkang ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pagi semalam pada hari keempat operasi tersebut.

Mangsa, Isha Bakar, 35, berasal dari Kampung Dagang, Marudi dipercayai terjatuh dari kapal tongkang tempat dia bekerja semasa melalui kawasan Logan Sibong, pada tengah malam 22 Januari lalu.

Sementara itu, mayat mangsa ditemui pada jam 10.20 pagi semalam, di kawasan Tanjung Opar, Baram kira-kira 30 kilometer dan satu jam perjalanan dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mayatnya kemudian diserah kepada polis Marudi dan dibawa ke Hospital Marudi untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris dan ahli keluarganya.