Boling: Kastam Kuching berjaya merangkul gelaran ‘Masters’

0

KUCHING: Kastam Kuching merangkul gelaran ‘Masters’ Kejohanan Tenpin Boling Majlis Kebudayaan dan Sukan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sarawak (MSKK) Sarawak di Megalanes Adventure World.

Acara Masters lelaki menyaksikan Abang Dzulkernaen Abang Anuar muncul juara, manakala Abang Madzlan Abang Adenan di tempat kedua dan Edward Juit (ketiga).

Sazali Unus dan Herman Shah Abdullah menamatkan kejohanan di tempat keempat dan kelima masing-masing.

Zetty Sulaiman dinobatkan juara Masters wanita, tempat kedua Siti Salwa Shawal dan Claudia Chwee Wei di tempat ketiga.

Norhayati Abdullah dan Mas Putih Kabil di tempat keempat dan kelima.

Gelaran berpasukan lelaki dimenangi Kuching Vipers yang membariskan Sazali Unus, Abang Madzlan Abang Adenan, Edward Juit dan Herman Shah Abdullah selepas melakukan 3,398 jatuhan pin.

Miri Seahorse dan Kuching Tigers berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing.

Bergu wanita menyaksikan Sibu Swanz II diwakili Claudia Chwee Wei dan Siti Salwa Shawal di tempat pertama diikuti Kuching Blazer’s (Suryanti Johari dan Zetty Sulaiman) manakala Kuching Hornets (Elfy Faizwaty dan Mas Putih Kabil) ketiga.

Azman Abdul Wahab muncul pemenang kategori VIP diikuti Askan Ismawi dan Mohd Apendai masingmasing di tempat kedua dan ketiga.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Teknikal Kastam Cawangan Sarawak, Mohd Rakbi Mat Saud merasmikan kejohanan manakala hadiah disampaikan Pengarah Kastam Cawangan Sarawak, Datin Dayang Fatimah Johari.

Menurut pengerusi penganjur, Herman Shah Abdullah sepuluh pemain terbaik lelaki dan lapan pemain terbaik wanita akan mewakili Sarawak pada Karnival Kastam Diraja Malaysia di Kota Kinabalu pada September tahun ini.