Lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas

0

SIBU: Seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Rajang.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi semalam tidak jauh dari sebuah dermaga di Jalan Alan di sini.

Difahamkan semasa kejadian mangsa dikatakan sedang bekerja di sebuah tongkang.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tidak diketahui apabila mangsa tiba-tiba terjatuh.

Rakan sekerja mangsa yang menyedari insiden malang itu kemudian menghubungi pihak berkuasa selepas mangsa tidak timbul ke permukaan sungai.

Beberapa anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk mencari mangsa.

Selain itu, polis turut dimaklumkan mengenai insiden itu.

Sehingga berita ditulis operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan.