Peminjam PTPTN boleh jadualkan semula bayaran

0

PTPTN sedia membantu kurangkan bebanan mangsa banjir

TEMERLOH: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbabit banjir diminta berhubung dengan cawangan perbadanan itu yang terdapat di seluruh negara bagi menjadual semula bayaran pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, penjadualan semula pinjaman perlu dilakukan bagi mengatasi bebanan yang mereka hadapi setelah ter-        babit banjir baru-baru ini.

“PTPTN bersedia me-nimbangkan jadual bayaran tersebut dan ia merupakan satu tanggangjawab perbadanan itu kepada peminjam yang menghadapi masalah terutamanya mangsa banjir untuk melunaskan pinjaman,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan termasuk alat persekolahan dan wang tunai kepada pelajar di Parlimen Kuala Krau yang terbabit banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau di sini semalam.

Majlis turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said.

Bagaimanapun, Shamsul Anuar berkata jumlah sebenar peminjam yang terlibat tidak diperoleh.

“Setakat ini ada peminjam yang terbabit banjir sudah pun berhubung dengan PTPTN, tetapi jumlahnya masih kecil dan diharap lebih ramai yang akan berurusan dan kita bersedia membantu,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau yang juga Anggota Parlimen Lenggong menggesa peminjam PTPTN yang kehilangan dokumen termasuk kad keahlian, surat perjanjian pinjaman atau berkaitan perbadanan itu dalam banjir baru-baru ini supaya berhubung segera dengan mana-mana cawangan perbadanan itu.

Sementara itu, katanya PTPTN memperuntukkan RM2 juta bagi bantuan peralatan persekolahan kepada kira kira 28,000 pelajar sekolah terbabit banjir di se-luruh negara tahun ini.

“Bantuan tersebut me-rupakan tanggungjawab sosial perbadanan dalam usaha mengatasi bebanan yang dihadapi keluarga dan pelajar terbabit untuk meneruskan pembelajaran,” katanya. — Bernama