80 pelatih PLKN sertai Program Khidmat Bakti di SK Berayang

0

SARATOK: Seramai 80 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bukit Saban Siri 12/2015 mengikuti Program Khidmat Bakti di Sekolah Kebangsaan (SK) Berayang Roban, semalam.

Program itu membabitkan pelbagai aktiviti seperti mengecat bangunan sekolah, mengecat tandas, mengecat pagar serta mengemas buku-buku teks terpakai di sekolah terbabit.

Program itu merupakan salah satu aktiviti sosial para pelatih termasuk jadual latihan mereka sepanjang berada di pusat itu.

Melalui program itu, mendedahkan kepada para pelatih tentang beberapa perkara khususnya berkaitan nilai murni dan aktiviti kemasyarakatan.

Program itu juga mendedahkan golongan terbabit tentang pentingnya amalan gotong-royong dan bekerjasama dalam masyarakat.

Melalui program itu, pelatih turut diberi pendedahan tentang pentingnya memelihara harta benda awam.

“Kita mahu para pelatih sedar tanggungjawab menjaga harta benda awam bukannya diamanahkan kepada satu pihak sahaja, tetapi tanggungjawab semua,” kata jurucakap itu.

Dalam aktiviti itu, para rombongan PLKN terbabit disambut oleh Guru Besar SK Berayang, Barat Aman bersama guru-guru dan kakitangan sekolah terbabit.

Turut mengiringi rombongan ialah lima orang tenaga pengajar PLKN Bukit Saban Siri 12/2015.