Bari, Jocky adakan kunjungan rasmi ke Pejabat Ketua Menteri

0

SIBU: Pengerusi Persatuan Penduduk Komuniti Flat Sibu Jaya Tuai Rumah, Bari Ubi sambil ditemani Setiausahanya, Jocky Jim Ungka mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat Ketua Menteri di Kuching, baru-baru ini.

Kunjungan mereka berdua disambut oleh Pegawai Khas Ketua Menteri, Shamsudin Sham Abdullah.

Menurut Jocky, pada perjumpaan itu mereka turut membentangkan kertas kerja mengenai penubuhan Persatuan Penduduk Komuniti Flat Sibu Jaya.

Katanya, perjumpaan itu juga merupakan satu rangka kerja yang dikira berjaya kerana disambut dan diberikan layanan cukup baik oleh pegawai dan staff Pejabat Ketua Menteri.

“Sebagai sebuah persatuan berdaftar, hubungan akrab dan ikatan mesra antara pemimpin merupakan satu landasan harus dijaga kerana masalah penduduk khususnya di luar bandar akan terpelihara,” katanya.

Selain berjumpa dengan Shamsudin, mereka berdua mengadakan kunjungan hormat pejabat Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr James Jemut Masing bagi membincangkan tentang populasi penduduk dari Kapit dan Batang Rajang yang membeli rumah di Sibu Jaya.

Kemudian, kunjungan mereka berdua diteruskan ke pejabat Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Sarawak (ROS) Ken Leben bagi membincangkan tentang hala tuju persatuan masa hadapan dan berhasrat ingin membuat perniagaan persatuan sebagai sumber utama yang diajukan kepada Ken.