Haiwan pelik disahkan sebagai beruang madu

0

KUCHING: Haiwan pelik yang dijumpai sekumpulan pekerja ladang sawit Indonesia di Bintangor kelmarin disahkan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sebagai beruang madu.

Disebabkan haiwan itu tidak berbulu dan berkurap, ia telah menimbulkan kekeliruan mengenai spesies yang disiarkan berita, gambar dan video pendek di akhbar ini dan versi atas taliannya semalam.

“Mengapa ia muncul di ladang sawit, kerana habitatnya yang berhampiran dilanda banjir,” kata SFC ketika dihubungi.

Menurut SFC, pihaknya akan menjejaki binatang terbabit hari ini memandangkan kawasan tersebut masih digenangi air semalam.

Sejak awal pagi semalam berita itu dibaca oleh lebih 5,000 pengguna Internet menerusi laman web www.utusanborneo.com.my.

Menurut sekumpulan pekerja ladang sawit itu, haiwan itu memang seakan-akan beruang yang sudah tua dan luruh bulunya.

Beruang Madu atau bahasa saintifiknya ‘Ursus malayanus’ merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara yang turut merangkumi Borneo.

Ia berukuran panjang 120 hingga 150 sentimeter yang menjadikannya sebagai terkecil dalam keluarga beruang.

 

Berita berkiatan:

Beruang madu aneh masih dikuarantin di MWLC

Beruang madu kini dikuarantin untuk pemulihan

Akhirnya ditemui

SFC hantar SWAT kesan dan tangkap haiwan aneh

Haiwan pelik disahkan sebagai beruang madu

Youtube video: Hairless sun bear captured after months-long search