Dua kelab tabur bakti di pedalaman Baram

0

Oleh W. Bolly Ongie //

LANTIK SEMULA: Dennis menyampaikan surat pelantikan semula kepada Houng dan disaksikan oleh Kr Randi (dua kiri) serta tetamu lain.

SERAMAI 75 orang ahli Kelab Lion Host Miri dan 18 orang ahli Kelab Leo dan Lion Mandarin dari Marudi telah mengadakan khidmat kemasyarakatan di kawasan pedalaman Baram, baru-baru ini.

Para ahli kelab tersebut telah mengadakan khidmat masyarakat di rumah panjang milik Tuai Rumah (TR) Kr Randi di Sungai Brit, kira-kira 30km dari pekan Marudi.

Menurut Lion Eii Chin Ho, antara aktiviti yang diadakan termasuklah pemeriksaan pap smear, pemeriksaan mata, mencabut gigi dan menggunting rambut.

Pihak kelab itu juga menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah dan alat-alat tulis kepada para pelajar di rumah panjang tersebut.

Ahli-ahli Kelab Lion itu diketuai oleh presidennya, Lion Peter Ling Kwang Yew, PDG Mary Wee dan pengerusi John Nain.

Ketika program berkenaan berlangsung juga, ADUN Telang Usan Dennis Ngau turut berada di rumah panjang tersebut bagi menyampaikan surat pelantikan semula ketua kaum kepada kapitan kawasan Poyut dan Lubok Nibong, iaitu Kapitan Ong Lee Seng (kawasan Poyut) dan Kapitan Houng Haw Eng, yang menjaga kawasan Lubok Nibong.

PERIKSA: Pemeriksaan gigi sedang dijalankan di Rumah Randi.