Sepuluh penghuni tinggal sehelai sepinggang

0

Oleh Rosemaria Buma//

BANTU: Beberapa penduduk membantu menyiram dinding rumah yang berdekatan dengan air untuk mengelak kebakaran terus merebak.

Tiga rumah yang dibina berdekatan di Jalan Trusan 6, Pujut 4, Miri ranap dalam kebakaran malam kelmarin

MIRI: Sepuluh penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang mer-anapkan tiga rumah dua tingkat yang dibina ber-dekatan di Jalan Trusan 6, Pujut 4 di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tiada se-barang kecederaan atau ke-malangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran yang bermula sekitar jam 9.30 malam itu.

Menurut sumber, api di-percayai bermula dari sebuah rumah kayu dua tingkat yang tidak berpenghuni sebelum merebak ke dua rumah jiran terletak di sebelah kiri dan kanan.

SEHELAI SEPINGGANG: Sahari ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.

Salah seorang mangsa, Sa-hari Lias, 71, berkata semasa kejadian dia bersama isteri dan seorang anak lelaki berusia 13 tahun sedang menonton tel-evisyen di ruang tamu tingkat bawah rumah mereka.

“Ketika sedang berbaring di sofa sambil menonton TV, tiba-tiba anak lelaki saya menjerit memberitahu api sambil menunjuk ke arah dinding rumah sebelah kanan yang terbakar.

“Serentak dengan itu, saya bingkas bangun dan menga-rahkan anak-anak serta isteri keluar segera menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil apa-apa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sebaik keluar, dia ternampak api marak di rumah jiran tidak berpenghuni dan merebak ke rumahnya yang terletak di sebelah kiri serta rumah seorang lagi jiran dikenali sebagai Mohiddin Abun di sebelah kanan.

Menurut Sahari, rumah dua tingkat separuh konkrit itu didiami mereka sekeluarga yang terdiri daripada empat orang dan semasa kejadian, seorang anaknya sedang bekerja di luar pantai.

Manakala rumah milik Mohiddin mempunyai enam orang penghuni dan semasa kejadian semua mangsa berada di rumah.

Sementara itu, Penguasa Bomba Zon Miri Law Poh Kiong yang dihubungi memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.41 malam.

Berikutan itu, dua jentera pemadam bersama 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Narain Singh dan dibantu sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota diketuai PBKII Roslan Jam dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri bergegas ke tempat kejadian dan tiba 11 minit kemudian.

Katanya turut bergegas ke lokasi kebakaran Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Ishak Amran.

Menurut Law, api marak di ketiga-tiga rumah itu berjaya dikawal sekitar jam 10.30 malam.

“Dua daripada rumah itu musnah 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 90 peratus dan semua 10 penghuni daripada dua keluarga selamat,” katanya.

Selain bomba, beberapa penduduk turut dilihat membantu memadamkan kebakaran dengan sebahagiannya menyiram dinding rumah bersebelahan untuk mengelak kebakaran terus merebak.