Kualiti padang Stadium Negeri terus mendapat kritikan Alberts

0

KUCHING: Kualiti padang Stadium Negeri terus mendapat kr itikan daripada jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang menyifatkan ia tidak sesuai untuk pentas saingan Liga Malaysia.

Alberts berkata, bola sepak sebenar tidak dapat dimainkan di atas padang seperti itu.

Menurutnya, hampir seluruh padang rosak dan menyukarkan pemainpemain untuk menampilkan kualiti sebenar.

“Kualiti padang tidak begitu baik.  Amat bosan sekiranya jurulatih kerap menyalahkan padang, namun bola sepak sebenar tidak dapat dimainkan di atas padang seperti ini,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Pengendali dari Belanda itu berkata, beliau mungkin dianggap ‘jahat’ kerana kerap mengadu mengenai kualiti padang.

“Namun, itu adalah hakikatnya.  Padang seperti itu juga mungkin boleh menyebabkan pemain- pemain cedera,” ujarnya.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak dapat berbuat apa-apa kerana padang di bawah bidang kuasa Perbadanan Stadium Negeri Sarawak.

Beliau berkata, kelab besar lain sudah pasti tidak akan bersetuju untuk bermain di atas padang seperti itu.

“Manchester United dan Chelsea sudah pasti tidak mahu bermain di padang seperti ini.

“Ramai sudah mengetahui mengenai kerosakan padang di negara ini, sepatutnya ia diberi perhatian,” katanya.