Pembangunan sukan diperkasa

0

Oleh Mahathir Haroun //

Kerjasama antara ISN, MSNS dipererat untuk bangunkan sukan di peringkat akar umbi

KUCHING: Kerjasama antara Inst i tut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) akan terus dipereratkan untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Menerusi kerjasama tersebut, Ahli Lembaga Pengarah ISN Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata, peranan proaktif akan diperkasa untuk memantau secara lebih rapi aspek pembangunan sukan.

Menurutnya, ini selari dengan penstrukturan semula pengurusan sukan seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini yang mana peranan Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN lebih mencabar.

Selain itu, pasukan khas turut diwujudkan ISN buat pertama kali di Sarawak memantau pelaksanaan Perancangan Strategik bagi tahun 2015 hingga 2025.

“Kita (ISN) buat masa ini melawat semua negeri untuk memperkenal perubahan baharu ini dan mengenal pasti perkara yang perlu dipertingkatkan termasuk pembangunan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha di sini semalam.

Menurut Danyal, senario di Sarawak lebih mencabar terutamanya dalam aspek keluasan dan populasi penduduk tinggal bertaburan dan menuntut kepada pembentukan pasukan khas.

“Pemantauan bakat-bakat baharu dijalankan di negeri ini dan ISN akan membentuk pasukan selain meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri,” ujarnya.

Naib Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ramesh Chandar Kunjuni pula berkata ISN akan mewujudkan pusat satelit baharu di Sibu.

Setakat ini, terdapat dua pusat satelit ISN di Kuching dan Miri.

“Kita tidak menetapkan sebarang masa mengenai tarikh pembukaan pusat satelit baharu di Sibu kerana bergantung kepada sumber,” jelasnya.

Sementara itu, Misnu berkata kerajaan negeri menerus i Kementer ian Pembangunan Sosial (KPS) akan melihat secara lebih holistik cadangan dikemukakan ISN.

“Kita akan meneliti perkara ini terutamanya melibatkan cadangan untuk perubahan pembangunan sukan,” katanya.