PMS azam bantu Haikal meneruskan kariernya

0

KUCHING: Persatuan Muaythai Sarawak (PMS) berazam untuk menyediakan landasan kepada peninju muda, Muhd Haikal Zaidie, 13, meneruskan kariernya dalam sukan muaythai.

Setiausaha PMS, Hartika Abu Kassim berkata Haikal mempunyai masa depan cerah dalam sukan tersebut.

“Pada usianya, Haikal boleh dianggap salah seorang peninju terbaik di Sarawak.

“Kita berharap dia akan menjadi peninju hebat di negara ini suatu hari kelak,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Kelab Muaythai Kenyalang yang menggilap bakat Haikal melahirkan rasa bangga dengan sokongan diberikan Presiden PMS, Jumaat Ibrahim dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

“Pertama kali bertemu dengannya, kami sudah mengetahui sesuatu bakat yang ada padanya. Haikal sudah menunjukka n kemampuannya dalam pertandingan yang disertai,” ujarnya.

Pada Mei tahun lalu, Haikal memenangi pingat perak pada kejohanan antarabangsa di Langkawi anjuran IFMA.

Haikal akan menyertai Kejohanan Muaythai Jemputan Negeri Johor pada 28 Februari di Kompleks Sukan Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.