Beri sokongan kepada BN bangunkan etnik Cina Poyut

0

MARUDI: Masyarakat Cina khususnya etnik Foochow dinasihati supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem yang tidak pernah meminggir penduduk luar bandar dalam proses pembangunan negeri.

ADUN Telang Usan Dennis Ngau memberitahu, Ke-tua Menteri juga tidak pernah memilih mana-mana kaum dalam arus pembangunan tetapi memberi peluang sama rata kepada rakyat untuk terlibat sama.

“Adenan mahu melihat kemajuan di Sarawak khasnya di luar bandar kerana yang penting ialah kemajuan rakyat seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Jamuan Malam Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran JKKK Cina Poyut di salah sebuah restoran di sini malam kelmarin.

Jelasnya, rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan tetapi dapat duduk bersama, berban-ding dengan masyarakat di Semenanjung Malaysia.

“Justeru dalam perkara seperti ini (perpaduan kaum), saya menggesa masyarakat Cina khususnya ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina Poyut, agar terus mengukuh dan mengekal kerjasama dengan kaum lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dennis turut merayu kepada masyarakat Cinan yang berasal dari kawasan Poyut dan berhijrah ke bandar di seluruh negeri supaya pulang ke kampung halaman di Poyut untuk menjenguk kebun getah, tanah dan sebagainya milik nenek moyang mereka dahulu.

“Pada masa sama, anda boleh juga membina semula rumah di tanah milik sendiri, supaya anda akan sentiasa pulang dan menjenguk kampung halaman.

“Apatah lagi, kerajaan telah dan akan merancang pelbagai program pembangunan bagi memajukan Baram.

Manalah tahu, suatu hari nanti, anak cucu kita akan terfikir untuk kembali ke kampung asal dengan idea pembangunan sendiri,” kata-nya.

Jelasnya, jika dahulu ketiadaan jalan raya memang menyukarkan perjalanan ke kampung tetapi kini kita sudah memiliki Jalan Miri-Marudi, seterusnya jalan dari Marudi ke Long Lama dan ke Tutoh-Apoh.

Tambah Dennis, adanya jalan raya berkenaan akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk sekitar Baram dan Marudi.

Dalam perkembangan ber-kaitan, Dennis turut melahirkan kebimbangan dengan populasi masyarakat Cina di Poyut/Lubok Nibong di sini kerana dahulunya kawasan perkampungan masyarakat Cina Foochow itu mempunyai sehingga 300 keluarga.

Tetapi pada hari ini katanya, jumlah itu menurun secara drastik, iaitu hanya kira-kira 30 keluarga mewakili 10 peratus sahaja yang masih tinggal di kampung itu yang keba-nyakannya penoreh getah.

Pada majlis itu, Dennis turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 untuk JKKK Kampung Cina Poyut.

Hadir sama SAO Jeffery Jalong dan ketua masyarakat Cina di sini seperti Penghulu Tie King Ung, Pemanca Chong Chin Hui, Kapitan Ong Lai Seng serta Kapitan Kang Siew Low dan pengerusi jawatankuasa penganjur Hwong Sing Chieng.