48 pasukan bakal berentap Kejohanan Futsal5Five Cup

0

KUCHING: Sejumlah 48 pasukan bakal berentap bagi merebut kejuaraan dalam Kejohanan Futsal5Five Cup 2015 di gelanggang futsal Pusat Sukan Sentosa hari ini.

Kejohanan yang hanya mempertandingkan kategori lelaki itu dianjurkan dengan kerjasama Philemon90.com dan bekas pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 2008.

Menurut kenyataan pihak penganjur, mereka tidak menjangka kejohanan itu mendapat sambutan menggalakkan kerana sasaran awal hanyalah sebanyak 32 pasukan sahaja.

Juara akan membawa pulang RM700, pingat dan trofi kemenangan.

Naib juara bakal menerima RM500 dan pingat, tempat ketiga RM300 dan pingat dan pingat untuk tempat keempat.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Phil di talian 013-8098990.