Haikal punyai masa depan dalam sukan Muaythai

0

KUCHING: Peninju muda, Muhd Haikal Zaidie mengharumkan nama Sarawak apabila mengalahkan lawannya, Danial Tugau pada Kejohanan Muaythai Jemputan Johor di Kompleks Belia dan Sukan Larkin.

Haikal menang menerusi kiraan mata. Selain mencatat kemenangan itu, peninju berusia 13 tahun itu meraih pingat perak pada kejohanan antarabangsa anjuran Persekutuan Muaythai Amatur Antarabangsa (IFMA) di Langkawi tahun lalu.

Setiausaha Persatuan Muaythai Sarawak (PMS), Hartika Abu Kassim berkata Haikal mempunyai masa depan cerah dalam sukan tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan, beliau merupakan peninju terbaik di Sarawak. Kita berharap Haikal boleh menjadi peninju hebat negara suatu hari nanti,” katanya.