Shah Nizam merangkul gelaran boling jemputan

0

MIRI: Pegawai Jabatan Sumber Manusia, Universiti Curtin Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak), Shah Nizam Doming mengharumkan nama kampus selepas beliau menjuarai Kejohanan Boling Jemputan Antara Jabatan Miri bagi kategori perseorangan lelaki.

Sebanyak 29 pasukan mewakili orang awam dan badan swasta di sini dan Bintulu mengambil bahagian pada kejohanan julung kali dianjurkan oleh Megalanes East, Bintang Megamall Miri.

Curtin Sarawak diwakili oleh Shah Nizam, Jameson Malang, Aprilla Johnny Ruping dan Vince Untai.

Selain memenangi kategori perseorangan lelaki, Shah Nizam turut memenangi hadiah ketiga bagi kategori lelaki berpasangan bersama Jameson.

Sementara itu, PETRONAS muncul juara keseluruhan dengan memenangi hampir semua kategori termasuk kategori perseorangan lelaki dan wanita, lelaki dan wanita berpasangan, lelaki dan wanita bertiga.

Naib juara milik Jabatan Pendidikan manakala Curtin Sarawak di tempat ketiga. Semua pemenang membawa pulang wang tunai, trofi dan medal.