Taib adakan kunjungan TBC ke rumah Henry Lau

0

SELAMAT DATANG: Taib (tengah) dan Ragad (baris depan,empat kanan) bergambar kenangan di kediaman Henry semasa kunjungan semalam.

SIBU: Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau semalam menyambut mesra kunjungan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Kunjungan tersebut turut disertai isterinya, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Tun Taib turut diiring Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh serta isteri dalam kunjungan tersebut.

Kunjungan pada jam 6 petang itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggung Vincent Lau, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum serta beberapa barisan kenamaan lain.

Terdahulu, Tun Taib turut melakukan kunjungan ke kediaman Dato Sri Wong Soon Koh pada jam 2 petang.