Adenan kunjungi rumah Wong Soon Koh

0

UNTUK KENANGAN: Wong dan Adenan serta isteri bersama tetamu lain pada kunjungan Tahun Baharu Cina di Sibu semalam.

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengadakan kunjungan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) ke rumah Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh di Jalan Ipoh di sini petang semalam.

Isterinya, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Jamilah Anu dan ahli-ahli keluarga turut sama pada kunjungan itu.

Sempena kunjungan itu, Adenan diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King serta Timbalannya Datuk Andrew Wong, Kapitan Datuk Janet Lau, Menteri Muda Kesihatan Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, ADUN Engkilili Dr Johnichal Rayong Ngipa, ADUN Opar Ranum Mina serta tetamu lain.

Pada tengah hari semalam, Adenan turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka SUPP dan menghadiri dialog bersama pegawai penguat kuasa di bahagian Sibu.