Berunding dengan doktor atau pakar perubatan Cina sebelum ambil ubat

0

TAHNIAH: Yong (dua kiri) menyerahkan biasiswa kepada salah seorang penerima di Kuching, malam kelmarin.

KUCHING: Aktivis sosial Datuk Yong Khoon Seng mengingatkan mereka yang jatuh sakit agar selalu berun-ding dengan doktor atau pakar perubatan Cina berlesen sebelum mengambil sebarang ubat.

Yong yang juga bekas Ahli Parlimen Stampin berkata, pengambilan ubat tanpa preskripsi daripada doktor pakar boleh memberi kesan kepada pesakit.

“Saya ingin mengingatkan semua bahawa jika anda tidak sihat atau sakit, sentiasalah berunding dengan doktor atau pakar perubatan Cina dan tidak mengambil apa-apa ubat yang anda tidak biasa atau tidak tahu mengenai-nya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Kuching Division Drug Merchants Association dan Penyampai-an Biasiswa di sini, malam kelmarin.

Tegasnya peniaga ubat pula hendaklah memastikan ubat yang dijual adalah berkualiti tinggi dan diluluskan oleh pihak berkuasa yang ber-kaitan.

“Pastikan semua ubat atau ubat-ubatan yang digunakan adalah selamat dan yang paling penting diluluskan oleh Kementerian Kesihatan,” ujarnya.

Memuji usaha persatuan itu, Yong gembira bahawa mereka telah melaksanakan tugas yang baik dalam me-nerajui industri ke tahap yang lebih tinggi serta menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara secara keseluruhannya.

“Saya berharap para pe-mimpin dan ahli persatuan akan terus bekerja bersama-sama secara serentak bagi menerajui industri untuk bergerak ke hadapan untuk pencapaian dan pembangunan yang lebih besar pada masa akan datang,” tambahnya.