Jambatan kayu runtuh selepas dilalui lori

0

RUNTUH: Keadaan jambatan kayu dan lori dalam insiden pagi semalam.

KUCHING: Empat kampung terputus hubungan apabila jambatan kayu menghubungkan Kampung Annah Rais ke Kampung Sadir di Padawan, dekat sini runtuh, pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, insiden sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila sebuah lori yang menghala ke Kampung Annah Rais melalui jambatan tersebut.

Bagaimanapun, pemandunya yang berusia 55 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes ini diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. Dimaklumkan penduduk masih dapat melintas hanya dengan berjalan kaki di laluan sementara (merentasi sungai),” katanya.

Jambatan itu menghubungkan Kampung Annah Rais ke Kampung Sadir dan Kampung Simuti yang masing-masing mempunyai 80 pintu rumah serta Kampung Sibuag dan Kampung Sebekar, masing-masing 50 pintu rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Ng Ah Lek berkata runtuhan itu dipercayai berlaku apabila lori lebih muatan melalui jambatan berkenaan.

“Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berwajib seperti JKR (Jabatan Kerja Raya) akan mengambil inisiatif membaiki jambatan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, polis turut memasang tali penghadang untuk mengelak pengguna jalan raya melalui laluan tersebut.