Keluarga guna 11 bomoh bantu cari Ngu di Sg Sadit

0

SIBU: Khidmat 11 bomoh telah dikerah oleh ahli keluarga Ngu Bek Yu sebagai usaha alternatif membantu usaha mencari dan menyelamat di kawasan Sungai Sadit yang masuk hari kelima semalam.

Kumpulan bomoh ini percaya Ngu masih hidup dan berada di persekitaran Sungai Sadit.

Ngu berusia 63 tahun dilaporkan hilang pada 28 Februari lepas.

Upacara kerohanian dimulakan pada jam 8 pagi dan selesai sehingga tengah hari semalam.

Pasukan polis turut dibantu pelbagai pihak termasuk anggota dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan orang kampung selain sanak-saudara Ngu.

Pasukan Gerakan Am (PGA) dijangka turut membantu operasi SAR tersebut dalam masa terdekat.