Dera: Polis jejaki pengasuh wanita

0

SIBU: Polis menjejaki seorang pengasuh wanita bagi membantu siasatan berhubung kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun disyaki didera.

Pengasuh wanita terbabit dikenali Yong Poh Ling, 29, sebelum ini tinggal di Jalan Wong King Huo di sini namun gagal dihubungi.

Jam 6.30 petang, pada 1 Mac lalu kanak-kanak tersebut dihantar pengasuh terbabit ke hospital mendapatkan rawatan.

Apabila diperiksa, doktor mendapati ada kesan lebam di muka, belakang dan buah zakarnya.

Curiga dengan kecederaan itu bukan disebabkan sebarang kemalangan, pihak hospital memaklumkan polis melakukan siasatan.

Bertindak daripada maklumat, polis melakukan siasatan dan diberitahu pengasuh terbabit bahawa kononnya kanak-kanak tersebut pernah terjatuh semasa bermain di rumahnya.

Pengasuh tersebut juga memberitahu polis bahawa ibu kanak-kanak terbabit menghantar anaknya pada 28 Februari lalu.

Polis gagal mendapatkan keterangan lanjut daripada kedua-dua ibu bapa mangsa kerana mereka gagal dihubungi ketika itu.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit menerima beberapa jahitan pada buah zakar selepas dirawat dan dimasukkan ke wad.

Pada 3 Mac lalu, pihak hospital menghubungi polis selepas mendapati kanak-kanak terbabit dibawa keluar tanpa sebab oleh pengasuh berkenaan.

Pada hari sama, polis juga menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki iaitu bapa saudara kanak-kanak.

Menurut laporan polis itu, pengasuh tersebut meninggalkan mangsa dan adiknya berumur satu tahun di rumah bapa saudaranya sebelum melarikan diri.

Terkejut selepas dimaklumkan mengenai insiden menimpa anak mereka, ibu bapa mangsa segera pulang ke sini dari Kuching.

Ibu mangsa membuat laporan polis dengan dakwaan anaknya dipercayai menjadi mangsa dera.

Menurut ibu mangsa, dia menghantar kedua-dua anaknya termasuk seorang bayi berumur setahun untuk dijaga pengasuh berkenaan sebelum mereka pulang ke Kuching sejak 21 Februari lalu.

Katanya, sebelum perayaan Tahun Baharu Cina beliau ada melihat kesan lebam-lebam di badan anaknya tetapi tidak mengesyaki apa-apa mencurigakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.

“Polis kini sedang menjejaki pengasuh berkenaan untuk membantu siasata