SKF memperolehi RM96,722.67 melalui Kempen Kitar Semula

0

SIBU: Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) berjaya memperolehi sejumlah RM96,722.67 melalui Kempen Kitar Semula tabung kebajikan mereka dari Jun 2014 hingga Februari 2015.

Bercakap pada Majlis Penyampaian Anugerah Kempen Kitar Semula di sini semalam, Pengerusi SKF Temenggung Vincent Lau berkata jumlah itu melepasi sasaran mereka selama ini iaitu RM76,000.

Katanya, dana itu akan digunakan untuk membeli unit baharu mesin Haeodiafiltration (HDF) untuk SKF.

Beliau berkata, para penerima anugerah menunjukkan peranan besar mereka dalam semangat kesukarelaan dan kebajikan.

“Ia memang sesuatu yang amat menggembirakan untuk melihat apa-apa sambutan menggalakkan daripada persatuan-persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah rendah dan menengah dan orang ramai.

“Kami sentiasa mencari meningkatkan dan menambah baik kemudahan dan juga peralatan supaya kita boleh membantu pesakit,” ujarnya.

SKF ditubuhkan pada 1993 dan sepanjang tahun berjaya merawat lebih 100 pesakit buah pinggang.

Pada masa ini, SKF mempunyai kira-kira 200 unit mesin dialisis untuk memberi khidmat kepada pesakit.

“Barang kitar semula dan bagaimana kita berurusan dengannya adalah isu semakin meningkat di seluruh dunia.

“Kita harus sedar sebahagian besar sumber-sumber terbuang ini jika diuruskan dengan cara baik boleh mengekalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Sementara itu, Taman Peringatan Nirvana muncul juara dalam kempen tersebut untuk kategori terbuka diikuti Subur Tiasa Holdings Berhad, Persatuan Ping Nang Sibu, Gereja St Teresa dan Persatuan Hin Hua Pou Sen Sibu.

Bagi kategori pendidikan, SJK Tung Hua muncul juara sementara naib juara disandang SJK Su Lai diikuti oleh SMK Chung Hua, SJK Methodist dan SMK Methodist.

Turut hadir Pengurus SKF, Ivy Lau.