Tangan lelaki tersepit dalam mesin pengisar, semua jari dikhuatiri putus

0

TERSEPIT: Keadaan mangsa semasa mendapatkan bantuan di hospital.

KUCHING: Seorang lelaki warga asing dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam selepas kesemua jari tangan kirinya dikhuatiri terputus akibat tersepit pada alat pengisar daging.

Mangsa yang berusia 24 tahun semasa kejadian dikatakan sedang mengisar daging di sebuah kedai makan di Sungai Maong di sini sekitar jam 6 petang.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan termasuk kesemua jarinya ke dalam alat pengisar tersebut menyebabkan ia tersepit.

“Dia (mangsa) sudah lama bekerja di kedai makan tersebut dan tidak tahu kenapa hari ini (semalam) nasib dia malang dan mungkin kesemua jarinya sudah terputus,” kata sumber.

Difahamkan, beberapa anggota bomba dikejarkan ke HUS untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit namun tidak berjaya.

“Mangsa akan dimasukkan ke bilik pembedahan untuk proses mengeluarkan jarinya yang tersepit,” kata sumber.