Sri Aman tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Sarawak

0

KUCHING: Sri Aman dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Sarawak  2015 yang dijadual berlangsung pada 30 April depan hingga 3 Mei.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Duke Janteng berkata pemilihan Sri Aman sebagai venue kejohanan berprestij itu dipersetujui pada mesyuarat Exco FAS.

“Kita memilih Sri Aman sebagai venue penganjuran Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Sarawak tahun ini,” katanya semalam.

Terdahulu, beliau meminta semua wakil ahli gabungan seluruh bahagian menggunakan masa yang ada untuk menyediakan pasukan masing-masing bagi menghadapi kejohanan tersebut.

“Kita akan mengedarkan pekeliling berhubung syarat-syarat penganjuran kejohanan itu kepada semua wakil ahli-ahli gabungan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi beliau di talian 013-8223506.