Wednesday, July 6

Penceramah Bukit Aman beri penjelasan tentang bahaya IS

0

MIRI: Penceramah Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman Kuala Lumpur, Inspektor Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff dijemput ke Miri mengendali kuliah Subuh dan Maghrib bagi memberi penjelasan tentang bahaya fahaman dibawa militan Islamic State (IS) terhadap keselamatan negara.

Beliau merupakan pegawai Unit (E8) Malaysia cawangan khas Counter Terrorism Bukit Aman.

Program ceramah bergerak itu diadakan di beberapa masjid di sini bermula malam kelmarin di Masjid Darul Ehsan Piasau.

Semalam, beliau mengendali kuliah Subuh di masjid Ar Rayyan Permyjaya dan menghadiri program Perkampungan Belia Islam di masjid kampung Jambu Bekenu pada sebelah petang.

Ruzailan juga dipilih sebagai ahli panel forum Perkampungan Belia Islam Bekenu yang diadakan selepas solat Isyak.

Topik bahaya militan IS juga disampai kepada jemaah di masjid An Naim Lutong semasa kuliah Subuh hari ini (29 Mac).

Program dianjur JAKIM cawangan Sarawak Unit Miri, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri (JAIS) dan Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Sarawak.