Ferrari takluk Sepang

0

HEBAT: Vettel beraksi hebat pada perlumbaan Petronas Malaysia Grand Prix 2015 di Litar Sepang, Kuala Lumpur semalam. — Gambar AFP

Vettel menjuarai perlumbaan Formula Satu Petronas Grand Prix Malaysia 2015

SEPANG: Pemandu Jerman, Sebastian Vettel dari pasukan Scuderia Ferrari menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2015 di Li tar Antarabangs a Sepang, semalam.

Juara dunia, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes AMG Petronas meraih tempat kedua diikuti rakan sepasukan, Nico Rosberg di tempat ketiga.

Terdahulu itu, para peminat perlumbaan F1 amat teruja apabila berpeluang bertemu dengan pemandu pujaan masingmasing yang menyertai Petronas F1 Grand Prix Malaysia 2015 pada sesi autograf semalam.

Sesi yang menjadi sebahagian daripada acara utama Sepang International Circuit (SIC) itu diadakan di ruang beli-belah litar berkenaan yang menyaksikan semua pemandu F1 menghabiskan masa kirakira sejam untuk menandatangani autograf peminat masing-masing.

Beribu-ribu peminat F1 berada di venue itu sejak jam 8 pagi.

“Acara ini sentiasa menjadi tarikan utama pada perlumbaan Formula Satu di sini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit, Datuk Razlan Razali kepada Bernama.

“Inilah acara yang saya tunggu- tunggu.

Saya tidak pernah ketinggalan menyertainya sejak lima tahun lepas.

Saya rasa tidak terdapat Grand Prix F1 lain yang mengadakan sesi berjumpa dan berkenal mesra seperti ini,” kata Andrew Green dari Sydney, Australia.

Sebagai peminat tegar F1, Green, 37, penyokong kuat pasukan Infiniti Red Bull, berkata dia tidak kisah berbelanja besar untuk menyaksikan perlumbaan F1 di seluruh dunia.

Selain sesi autograf, banyak aktiviti lain disusun untuk para peminat di pu- s a t Litar Sepang.

Menepati tagline ‘Experience F1 Like Never Before’, SIC memperkenalkan tarikan baharu pada Grand Prix Malaysia 2015 untuk menjadikan perlumbaan F1 edisi ke-17 ini paling hebat dan menarik dalam sejarah.

Antaranya ialah menempatkan Ferris Wheel gergasi di tengah-tengah litar yang membolehkan peminat menyaksikan perlumban dari ketinggian 15.24 meter (50 kaki).

Turut disediakan ialah ‘Rumah Berhantu’, padang Olimpik boleh kembung (inflatable), Cool Zone, kawasan permainan air untuk kanakkanak dan persembahan jalanan. — Bernama