JPAM SJN FC mahu rangkul tempat kedua dalam Liga Kuching

0

KUCHING:Pasukan bola sepak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), SJN FC mahu merangkul tempat kedua dalam Liga Kuching.

Hasrat itu disampaikan oleh Pengarah JPAM Sarawak yang juga penaja utama pasukan Kolonel (PA) Mohtar Samat yang turut menyasarkan pertambahan dua lagi anak buahnya ke dalam pasukan tersebut.

“Selepas berada di Liga Sarikei kini kami mahu berada di Liga Kuching dan ini adalah tahun kedua kerjasama di antara JPAM dan SJN untuk bertanding di liga utama menjelang April depan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran pasukan bola sepak JPAM SJN FC di sini semalam.

Tambah beliau, kecerdasan mental dan ketangkasan fizikal ditambah dengan semangat berpasukan yang cukup kuat akan menghasilkan kejayaan.

Selain itu ujarnya, para pemain tersebut bakal menjadi duta untuk memperkenalkan JPAM kepada golongan belia bagi melihat pertambahan bilangan keahliannya pada masa akan datang.

“Dua hari lepas kami mengadakan latihan asas untuk semua pemain yang terpilih untuk mewakili Kuching dan Samarahan “Ia adalah untuk memberi impak kepada JPAM dan kita gunakan mereka sebagai duta untuk menarik lebih banyak pemuda-pemuda yang kita terpaksa gunakan pelbagai medium dan kaedah supaya dipromosikan untuk menyertai JPAM.

Ahli pasukan itu katanya terdiri daripada anggota-anggota JPAM yang lama dan baharu dan telah dipilih atas kecergasan mental dan fizikal yang mereka ada.

Senarai pemain yang telah ditapis untuk menyertai pasukan tersebut adalah Ainul Asmi Laimi, Awang Hiswandy Awang Mat, Azmi Rosli, Hanafi Borhan, Mohd Hasbullah Mosili, Syahrul Ikmal Mahdini, Kamaruddin Bujang, Muhammad Sholihin Alin, Mohd Shazwan Rahmatullah, Zulfairi Ibrahim, Zulkarnain Zaidzil Zaidil, Muhd Fazliq Tony, Abang Mohd Hilmi Othman, Mohd Farith Abdul Rahman, Mohd Isa Abdullah, Max Fareezan Lidin, Rahmat Ikhwan, Mohd Syamsul Bujang dan Zulfakar Akram Mohd Sabeli.

Jurulatih Burhaniza Abu Bakar merupakan bekas pemain Ngap Sayot pada 1988-1991 dibantu Penolong Pengurus Abdul Zahri Jimmy akan dibantu Kapten Wihariyanto Saibon, Muhammad Yusri Otman dan Hamzah Razali (paramedik).

Katanya pada akhir liga pihaknya akan mengekalkan latihan ahli pasukan untuk dipertingkatkan untuk urusan bencana High Angle Rescue atau Water Rescue yang memerlukan ketahanan fizikal.

Pasukan juga akan dihantar mewakili JPAM ke pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan.