Beberapa perkhidmatan MPS tersenarai dalam GST

0

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) tidak terke-cuali daripada mengenakan caj enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap perkhidmatannya, selepas sistem itu mulai dilaksana hari ini.

Pengerusinya Datuk Tiong Thai King berkata, namun begitu perkhidmatan bagi Pengawalseliaan dan Pe-nguatkuasaan (R&E) di luar daripada skop GST.

“Justeru, lesen perniagaan dan permit, kelulusan pelan bangunan dan permit perkerjaan, cukai pintu, kompaun dan pe-nalti tidak tertakluk kepada GST,” katanya semasa mempengerusi Mesyuarat Bulanan MPS semalam.

Tiong berkata, perkhidmatan tidak termasuk dalam senarai R & E akan akan dikenakan GST.

“Ia termasuk bayaran letak kereta, bayaran masuk kolam renang, yuran keahlian perpustakaan, semua jenis sewa untuk sukan dan rekreasi,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata MPS juga tidak akan berkompromi dengan mengambil tindakan terhadap pemegang lesen yang gagal memperbaharui lesen di bawah ‘Miscellaneous Occupation By Law’ untuk tahun ini.

Beliau berkata, MPS telah mengesan ramai antara pemegang lesen termasuk kedai makanan dan penjaja gagal memperbaharui lesen mereka.

“Kami melihat ini sebagai satu kesalahan serius terhadap syarat pelesenan. Semua lesen masih tidak diperbaharui akan tidak sah selepas 42 hari,” katanya.

Hadir sama pada mesyua-rat tersebut ialah Timbalan Pengerusi Datuk Andrew Wong dan Setiausaha MPS Hii Chang Kee.