Polis berjaya berkas lelaki bersama 1.70 gram syabu

0

DITEMUI: Dadah jenis syabu yang disimpan dalam 11 keratan straw, ditemui dalam beg kecil ini yang dibawa bersama oleh suspek.

LAWAS: Polis di sini berjaya memberkas seorang lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 1.70 gram di sebatang jalan di hadapan bangunan kerajaan.

Suspek, 22 tahun, seorang penganggur, ditahan bagi tujuan pemeriksaan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkortik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas di sini kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menjumpai 10 keratan straw warna hijau dan satu keratan straw warna biru, setiap satu mengandungi hablur kristal disyaki dadah syabu.

Semua dadah ditemui dalam beg hitam kecil dibawa suspek dan kemudiannya dirampas dan dibawa ke Balai Polis Lawas untuk dijadikan bahan kes.

Keputusan ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga didapati positif methamphetamine dan amphetamine.

Sementara itu, suspek ditahan di lokap Balai Polis Lawas di sini untuk siasatan lanjut.