‘Datuk Seri’ disiasat penipuan jualan kenderaan mewah

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ berhubung kes penipuan penjualan kenderaan membabitkan 120 pemilik kereta mewah, melibatkan kerugian bernilai RM10 juta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata lelaki itu berumur 40-an telah ditahan polis untuk membantu siasatan pada bulan lepas namun pihak mahkamah telah menolak permohonan reman terhadap lelaki itu.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki itu berjanji kepada pemilik kereta mewah berkenaan untuk menjual kereta mereka dengan mencaripembeli baru.

Bagaimanapun, lelaki itu menjalankan perkhidmatan sambung bayar kenderaan terlibat tanpa persetujuan daripada pemilik terbabit.

Beliau berkata siasatan polis juga mendapati syarikat automobil milik suspek yang beroperasi di ibu negara didaftarkan di bawah nama isteri dan anak perempuannya bagi menjual semula kenderaan kepada pihak ketiga.

“Setakat ini pihak polis sudah temui semula 24 kenderaan terbabit termasuk Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Mercedes Benz dan BMW,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, semalam.

Wan Junaidi berkata demikian bagi mengulas dakwaan beberapa pemilik kenderaan mewah yang menyerahkan memorandum kepada beliau di lobi Parlimenkelmarin berhubung kes penipuan penjualan kenderaan mewah menggunakan dokumen palsu.

“Jika kenderaan itu tidak dapat dijual, lelaki berkenaan akan menyimpan kereta selama sebulan atau dua dan menjual semula kereta mereka kepada peniaga kereta terpakai,” katanya sambil menambah terdapat dokumen dan kad pengenalan palsu yang mencurigakan digunakan untuk urus niaga jual-beli itu.

Katanya lelaki itu berkemungkinan akan menghadapi lapan tuduhan termasuk penipuan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan mereka sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau menasihatkan pemilik kereta khususnya kenderaan yang berada di bawah perjanjian sewa beli tidak menjual kenderaan mereka kepada pihak ketiga,melainkan jika kebenaran diberikan oleh syarikat kewangan untuk urus niaga berkenaan. — Bernama

What do you think of this story?
  • Great (0%)
  • Interesting (0%)
  • Nothing (0%)
  • Sad (0%)
  • Angry (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of