Segalang Daro jagoan perlumbaan bot mini

0

SIBU: Pasukan Segalang Daro mengungguli perlumbaan sukan air bot mini sempena Hari Daerah Daro Ke-42 di Daro kelmarin.

Acara dimenangi Segalang Daro ialah kategori terbuka bot mini berenjin, veteren, kategori terbuka perlumbaan jet ski dan perlumbaan jet ski kategori veteran.

Juara bagi kategori terbuka bot mini berenjin dimenangi Igi (Segalang Daro), tempat kedua Anip (Segalang Daro) dan ketiga Apok (Segalang Daro).

Bagi perlumbaan terbuka jet ski, juara Nur Karsapnie (Pangtray Energy), tempat kedua dimenangi Azam (Pangtray Energy) dan Salleh di tempat ketiga (Segalang Daro).

Bagi perlumbaan jet ski, juara Moktar (Mugan), tempat kedua Seliman Ismail (Mai Bai Racing) dan Salleh Duk (Segalang Daro).

Semua pemenang bagi setiap kategori membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai.

Majli penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Murni Suhaili.

Sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian dalam kategori terbuka dan veteran perlumbaan bot mini berenjin.