Lelaki dipenjara enam bulan lakukan jenayah ceroboh

0

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan melakukan pencerobohan jenayah.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbang beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Melky Guya, 33, dari Kampung Long Tokan, Trusan, Lawas didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan memper-untuk hukuman penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah kawasan secara tidak sah.

Dia didakwa melakukan ke-salahan itu pada jam 4 petang, 4 April lalu di tingkat atas Wisma Pelita Tunku di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.