PERANTAU aktif wakili suara warga Tatau

0

Oleh Mathius Ajun //

KENANGAN: Ahli jawatankuasa baharu PERANTAU bersama Dr Adi dan Mohammad Rizal.

PENGHARGAAN: Dr Adi (kiri) menerima cenderamata daripada Mohammad Rizal.

PERSATUAN Anak Tatau (PERANTAU) bergerak aktif dan berwawasan jauh dalam merancang pembangunan Pekan Tatau kerana mereka bertindak mewakili suara ramai penduduk Tatau, kata Penasihat PERANTAU Datu Dr Adi Badiozaman Tuah.

Katanya, penduduk Tatau harus menggunakan saluran betul melalui PERANTAU untuk bersama-sama memajukan Daerah Tatau memandangkan rakan kongsi PERANTAU daripada pelbagai agensi seperti Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sebagainya.

“Singkatan nama PERANTAU merupakan idea anak Tatau yang pergi merantau menimba ilmu dan bekerja, TAYAR terpakai merupakan salah satu daripada bahan buangan yang terbesar dan paling bermasalah di Malaysia termasuk Sarawak amnya. PERANTAU aktif wakili suara warga Tatau kemudian kembali ke Tatau menyumbang bakti kepada penduduk Tatau,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penubuhan PERANTAU di Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau.

Terdahulu Pengerusi PERANTAU Mohammad Rizal Julaihi berkata PERANTAU dan penduduk Tatau akan bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan) merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kakus Datuk John Sikie Tayai dalam memberi pendapat dan menyuarakan kehendak masyarakat Tatau.

Katanya, PERANTAU sentiasa peka dengan masalah di Pekan Tatau khususnya masalah bekalan air bersih, jalan rosak dan keperluan kemudahan dicadang untuk di bina bagi keselesaan penduduk Tatau.

Beliau berkata, PERANTAU merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bebas dari unsur politik dan bergerak dengan tujuan untuk menyatukan semua penduduk Tatau dengan satu suara jelas serta tepat dalam membangunkan Daerah Tatau.

“Sebagai permulaan PERANTAU akan memfokus hal berlaku dalam Pekan Tatau disebabkan kekangan lojistik dan baharu ditubuhkan,” ujarnya.

Lebih 100 penduduk Tatau menghadiri mesyuarat penubuhan PERANTAU itu dan mendaftar menjadi ahli persatuan itu.

Mereka terdiri daripada penduduk kampung, suri rumah, peniaga dan kakitangan kerajaan yang menetap di Tatau.

Mesyuarat itu memilih Datu Dr Adi Badiozaman Tuah sebagai penasihat; Mohammad Rizal Julaihi sebagai pengerusi; timbalan pengerusi, Ningkan Bunsu; naib pengerusi I dan II, Tan Mong Howe dan Runih Imban; setiausaha, Jacquelina Mato; penolong setiausaha, Mathius Ajun; bendahari, Normah Taib; penolong bendahari, Fatimah Sahar; ahli jawatankuasa lainnya pula terdiri daripada Tuai Rumah Gumbang Anchak, Hamidah Wasli dan Matnor.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Kampung Dagang Tatau Satim Gapar, wakil ketua Kampung Baru Tatau Ahmad Mohd Mokhtar dan Pegawai Penerangan Daerah Tatau Rinta Engkamat.