Tinju dipilih untuk SUKMA tahun depan

0

GEMBIRA: Rahman (duduk dua kiri) bersama barisan exco SABA.

Acara Muaythai diketepi dalam saingan merebut slot pada temasya di Sarawak

KUCHING: Jawatankuasa penganjur SUKMA XVIII mengesahkan acara tinju dipertandingkan pada temasya yang akan berlangsung di Sarawak pada tahun depan.

Pengumuman itu sekali gus mengetepikan peluang muaythai yang sebelum ini turut bersaing untuk merebut slot pada edisi SUKMA tersebut.

“Jawatankuasa penganjur sebulat suara memilih tinju untuk diper tandingkan pada SUKMA tahun depan selepas mengambil kira beberapa aspek penting,” ujar wakil jawatankuasa penganjur semalam.

“Kita akan mengedar surat rasmi kepada SABA dalam masa terdekat agar mereka dapat memulakan program yang telah dirancang.

” Menurutnya, setakat ini pusat beli-belah Plaza Merdeka telah dipilih sebagai venue acara itu nanti.

Sementara itu, Presiden Persatuan Tinju Amatur Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo menarik nafas lega selepas tinju sah dipertandingkan pada tahun depan.

“Cukup lega selepas acara tinju sah dipertandingkan pada tahun depan.

Terima kasih juga kepada pihak jawatankuasa SUKMA kerana memberi kepercayaan kepada kita,” kata Rahman semalam.

Menurutnya, keputusan itu memberi mandat penuh kepada SABA untuk memulakan program yang telah dirancang rapi untuk menghadapi temasya berprestij itu nanti.

“Persiapan pertama SABA ialah mencari petinju berpotensi untuk mewakili Sarawak pada temasya itu kelak,” tambah Rahman.

“Ini bagi menampung jumlah atlet bayangan sedia ada bagi memastikan ki ta mempunyai skuad yang benar-benar mantap dan mampu merangkul sebanyak mungkin pingat terutama emas.

” Rahman menjelaskan lagi, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu dengan barisan Exco SABA dalam tempoh terdekat.

Skuad t inju Sarawak membariskan 10 atlet terbaik bagi memburu sembilan pingat emas yang ditawarkan.

SUKMA XVIII aka n mempertandingkan 24 acara yang akan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai di Kuching, Sibu dan Miri.

23 acara lain ialah akuatik (renang/terjun), memanah, menembak, olahraga, pencak silat, taekwondo, wushu, badminton, berbasikal, angkat berat, bola sepak, boling padang, hoki (lelaki/wanita), karate do, sepak takraw, tenpin boling, perahu layar, skuasy, gimnastik artistik, tenis, golf, petanque dan bola tampar dewan/pantai.