40 peserta Kem Sukarelawan Budaya teruja bertemu KM

0

KUCHING: Perasaan teruja jelas terpancar pada wajah 40 peserta Kem Sukarelawan Budaya: NBOS 1Voluntourism Culture & Heritage apabila bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem secara bersemuka, semalam.

Kunjungan rombongan peserta itu yang turut disertai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol diadakan selepas majlis penutupan kem di Kem Permai.

Ketibaan rombongan di kediaman pemimpin nombor satu Sarawak itu semalam disambut dengan ceria oleh isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Adenan turut menyampaikan nasihat kepada kesemua peserta yang rata-ratanya merupakan generasi belia.

Peserta kem tersebut tidak melepaskan peluang untuk ‘berselfie’ dan bergambar kenangan secara beramai-ramai bersama Adenan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sarawak Salehhuddin Md Salleh.