Abu Bakar rangkul trofi Golf Sarawak Senior Captain’s

0

KUCHING: Kejohanan Golf Trofi Sarawak Senior Captain’s menyaksikan Abu Bakar Kiprawi dari Kuching muncul juara selepas memimpin kejohanan sejak hari pertama.

Selaku juara, Abu Bakar mengumpul 155 dalam acara ‘gross’ untuk menewaskan Ling Soon Kiong dari Sibu dengan hanya satu pukulan.

Tempat ketiga disandang Hoan Kee Hock yang merupakan Kapten Kesatuan Pemain Golf Senior Sarawak (SSGS) dan Presiden Persatuan Golf Sarawak.

Joseph Lau dan Jimmie Teo masing-masing di tempat keempat dan kelima selepas memperolehi 162 dan 165 mata.

Tempat keenam hingga kelapan diraih Sipol Ambun, Muas Sebli dan Kapten Fong Chan Kwee.

Kategori ‘nett’ menyaksikan Billy Lu muncul juara dengan 131 manakala Tan Beng Liang kedua dan Kuan Kim Hiung di tempat ketiga.

B agi kumpulan umur 55 hingga 65 tahun, Ting Houng Sung muncul juara ‘nett’ diikuti Stephen Tom Lanau (kedua) dan Mohd Bedne (ketiga).

Ismail Dol pula muncul juara kategori ‘nett’ 66 hingga 75 tahun selepas mengalahkan Peter Sii di tempat kedua dan Leong Chin Hun (ketiga).

Gelaran 76 tahun dan ke atas dimenangi TC Ong manakala Andrew Teng dan Peter Lee Kok Chiang masing- masing di tempat kedua dan ketiga.

Presiden SSGS, Datuk Amin Satem menyampaikan hadiah kepada pemenang.