Alice Yii dinobat Ratu Pelancongan Benak 2015

0

ANGGUN: Alice (tengah) muncul juara Ratu Pelancongan Benak Sri Aman dan turut kelihatan (dari kiri) Mong, Harden dan Simba.

SRI AMAN: Alice Yii yang berasal dari Sri Aman muncul juara Ratu Pelancongan Benak 2015 sempena Pesta Benak Sri Aman 2015 di sini malam kelmarin.

Dengan kemenangan itu gadis Cina berusia 22 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala kemenangan, cenderamata berupa bunga dan beras Mamut.

Sementara itu Putri Nurbizawatul Safuan dari Kuching muncul naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM1,500, piala, cenderamata bunga dan beras Mamut.

Manakala tempat ketiga disandang Nazareth Adrina Dtrom, juga dari Sri Aman yang menerima wang tunai RM1,200, piala, cenderamata bunga dan beras Mamut.

Isteri Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis Datin Simba Nalang diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dianggarkan seramai 2,000 penduduk hadir bagi menyaksikan acara yang dilangsungkan di Pentas Kebudayaan tersebut.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pertanian Datuk Mong Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Residen Sri Aman Johnathan Lugoh dan pegawai kerajaan di Sri Aman.