Kampung Pinang mengungguli Bola Keranjang ‘3 on 3’ Piala Kaul

0

MUKAH: Pasukan Kampung Pinang muncul juara Kejohanan Bola Keranjang ‘3 on 3’ Piala Kaul selepas menewaskan Daro Dragon dengan 9-8 pada perlawanan akhir di Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chong Boon di sini, malam kelmarin.

Pertandingan dianjurkan Jawatankuasa Kaul Mukah 2015 dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dan Kelab Bola Keranjang Setia Raja Mukah disertai sebanyak 16 pasukan terdiri komuniti belia Cina bertujuan menarik komuniti Cina dalam acara Pesta Kaul.

Pasukan Kampung Pinang membawa pulang wang tunai berjumlah RM600 berserta piala, medal dan piala pusingan.

Manakala, Daro Dragon berpuas hati naib juara menerima wang tunai berjumlah RM400, piala dan medal.

Sementara THSM TEAM menduduki tempat ketiga menerima wang tunai RM200, piala dan medal selepas menewa skan SESCo dalam saingan tempat ketiga dan keempat.

Pema in Kampung Pinang, Philip Teo dinobatkan pemain terbaik pertandingan dan Daro Dragon dianugerahkan pasukan ‘Fair Play’.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Walikota Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM), Yakub Arbi dan ditemani Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Sarawak, Royston Valentine merangkap penyelaras bersama pertandingan.