PKR cabar DUN Sarawak buat pendirian terhadap pelaksanaan GST

0

KUCHING: Timbalan Ketua Wanita (PKR) Haniza Mohamed Talha telah mencabar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membuat pendirian terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Jika Dewan Undangan Negeri Sarawak benar-benar percaya dan yakin bahawa pelaksanaan GST adalah baik untuk rakyat, maka mereka harus mengakui ia dalam Dewan yang mulia,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Haniza, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Selangor, berkata DUN Selangor telah memansuhkan GST kerana mereka percaya bahawa cukai dilaksanakan pada 1 April tahun ini akan membebankan rakyat dan tidak memberi manfaat.

Beliau berkata orang ramai, khususnya ahli perniagaan banyak terjejas disebebkan cukai dan ini dapat dilihat setelah kerajaan mengumumkan bahawa terdapat peningkatan jumlah aduan mengenai GST sejak dilaksanakan April lalu.

Pada masa yang sama beliau turut mendedahkan bahawa kesan GST menyebabkan perniagaan ahli perniagaan dan pekedai merudum kerana perolehan perniagaan mereka tidak mencapai RM500,000.

“Sehingga tidak dapat melaksanakan GST tetapi semua harga telah meningkat maka sesungguhnya mereka terpaksa membebankan caj tambahan itu kepada pengguna,” katanya menjelaskan.

Haniza berkata lebih teruk sekali, orang ramai sendiri tidak dididik tentang bagaimana untuk menangani kenaikan harga, sambil menambah bahawa ramai yang tidak sedar bahawa mereka telah dikenakan cukai lebih daripada sekali untuk barangan yang dibeli.

Beliau turut menyuarakan bantahan dan meminta sekiranya pelaksanaan GST ditangguhkan kerana ia akan menyumbang kepada ekonomi yang lebih teruk dan menyebabkan inflasi.

Ditanya mengenai masa yang sesuai untuk melaksanakan GST, Haniza berkata sebelum melaksanakan GST, kerajaan perlu terlebih dahulu membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Sarawak Jenny Lawai Bato menyuarakan kekecewaan terhadap kenyataan seorang wakil rakyat yang dikatakan berbaur sindrom menafi tentang pelaksanaan GST di Baram.

“Ia adalah peranan wakil rakyat tempatan yang dipilih untuk membantu rakyat dan bukan sebaliknya.

“Barang-barang di Baram adalah sentiasa lebih mahal berbanding kawasan-kawasan lain.

“Harga minyak petrol sebagai contoh, seorang rakyat tempatan perlu membayar kira-kira RM10 seliter di Baram berbanding hanya RM2.95 di stesen minyak biasa.

“Ya kami masih mampu bertahan dan sungguh tidak berkemampuan tetapi kami masih boleh bertahan. Itulah kehidupan kami di sana.

“Bagi orang biasa, ia mungkin normal tetapi ini bukanlah cara yang sepatutnya dilakukan kepada orang kita sendiri,” tegasnya.