Jalek seru pemain Sambir Bistari bangkit menentang Puvilla United

0

KUCHING: Pengendali Sambir Bistari, Jalek Jaapar menyeru anak-anak buahnya bangkit ketika turun menentang Puvilla United dalam kempen Liga Samarahan 2015 di Kompleks Sukan Asajaya pada Sabtu ini.

Beliau juga berharap pemain belajar daripada kesilapan selepas tewas 0-3 pada perlawanan Piala Sumbangsih dua minggu lepas.

“Ini peluang terbaik kita untuk mengubat kehampaan selepas tewas pada perlawanan pertama.

“Saya harap pemain tidak akan mempersiasiakan peluang keemasan ini untuk mengutip tiga mata penuh,” ujar Jalek semalam.

Berlangsung pada hari sama pertemuan di antara Team Kickalob FC menentang RG4 FC bertempat di Stadium Mini Kem Renjer Muara Tuang.

Ia pasti menyajikan perlawanan menarik kerana kedua-dua pasukan itu berjaya mencatat kemenangan pertama terhadap lawan masingmasing pada minggu lepas.

Kickalob membenam Puvilla United 4-2 sementara RG4 tidak berdepan masalah mengatasi Kapaku FC dengan 3-1.

Pada Ahad, 24 April, dua lagi perlawanan menarik berlangsung melibatkan Kapaku FC menentang Ocean Eagle FC Samarahan di Stadium Mini Kem Renjer Muara Tuang.

Manakala pendahulu liga, 10 RRD melayan kunjungan Yayasan Sarawak di Kompleks Sukan Asajaya.